Paint

3 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 2 September 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas menggunakan paint. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang murid tahun 5. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kreativiti dan minat melukis. Mereka dikehendaki melukis bendera Malaysia dan Sarawak serta bendera negeri-negeri lain. Sepanjang kelas tersebut, mereka sangat seronok dan dapat melukis dengan baik. Dengan adanya kelas seperti berikut mereka dapat mempelajari sesuatu ilmu baharu. Oleh itu, kelas ini dapat menggalakkan semua peserta cenderung ke arah minat untuk belajar melukis secara online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali